Sakit Lutut Kanan & Kiri – Punca, Doa & Ubat Paling Mujarab


Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Rasa sakit pada bahagian lutut boleh dirasai terutamanya selepas melakukan aktiviti seperti berlari, bersenam mahupun mengangkat barang. Untuk pemahaman lebih lanjut mengenai sakit lutut kanan & kiri, ikuti perkongsian berikut.

 

Apa itu sakit lutut?

Dalam Bahasa Inggeris, kita panggil knee pain.

Sakit lutut adalah masalah biasa yang boleh berasal dari mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut (femur, tibia, fibula),lutut (patella), atau ligamen dan tulang rawan (meniscus). Ia merupakan antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan dan ia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan seperti ligamen dan juga tisu rawan yang koyak.

Kita selalu ingat sakit lutut kanan atau kiri ini hanya berlaku pada orang tua. Sebaliknya, kajian mengatakan ia sebenarnya tidak mengira umur.

Masalah biasa

Sakit lutut merupakan satu masalah kesihatan masalah biasa yang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca dan faktor, sama ada dari kecederaan akut hingga komplikasi keadaan perubatan. Kesakitan yang berlaku boleh melibatkan pada sebahagian tempat di lutut atau di seluruh lutut itu sendiri.

Ada orang akan rasa sakit lutut kanan atau kiri bila mahu solat, lebih-lebih lagi bila bengkok. Ada juga yang mengalami kesakitan yang teramat semasa melakukan aktiviti fizikal semasa berlari ataupun naik tangga. Dek kerana gout, ada juga yang menderita. Cuma apabila seseorang itu hamil atau mengandung, ataupun selepas bersalin, sakit lutut adalah perkara biasa.

Apabila seseorang itu mengalami masalah sakit lutut, seringkali ia akan melibatkan sekatan fizikal seperti kesukaran untuk bergerak, berjalan dan melakukan aktiviti harian biasa.

Bagi individu yang berdepan dengan sakit lutut yang tidak serius, biasanya boleh mendapat kesembuhan walaupun tidak diberikan sebarang rawatan perubatan. Cuma perlu risau apabila kawasan itu bengkak.

 

Punca Sakit Lutut

Sakit lutut kiri

Sakit lutut boleh ditafsirkan sebagai sakit sendi. Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai penyebab yang boleh mewujudkan kesakitan ini, dan ia secara umumnya dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu sakit lutut akut dan sakit lutut kronik.

 

Sakit lutut akut

 

  • Ligamen Cruciate terkoyak atau terseliuh

Kecederaan yang melibatkan koyakan atau terseliuh pada ‘ligamen anterior cruciate’ (ACL) biasa terjadi kepada ahli sukan atau atlet. Ia berlaku apabila ligamen berhenti bergerak secara tiba-tiba atau mengalami kekejangan lutut.

 

Bagi ligamen yang lebih kuat berbanding ACL iaitu ‘ligamen cruciate posterior’ (PCL), ia agak sukar untuk mengalami kecederaan. Tetapi jika berlaku kecederaan pada PCL ia melibatakn hentakan yang kuat seperti lutut terhentak dengan kuat pada lantai ketika terjatuh. Kecederaan berkaitan PCL biasanya berhubung kait dengan kecederaan ligamen dan tulang lain.

 

  • Tendon koyak

Tendon ‘quadriceps’ dan ‘patellar’ boleh berdepan kecenderungan untuk terkoyak sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Atlet yang lebih berusia, iaitu lebih 40 tahun, berisiko untuk mengalami koyakan pada tendon ‘quadriceps’. Manakala koyakan tendon ‘patellar’ cenderung untuk berlaku kepada atlet yang lebih muda dan mempunyai sejarah masalah tendonitis atau pernah mendapatkan suntikan steroid pada lutut.

 

  • Kecederaan ‘meniscus’

Kecederaan ‘meniscus’ atau tulang rawan selalunya merupakan kecederaan trauma seperti kemalangan. Tetapi ia juga boleh terjadi akibat penggunaan ‘meniscal’ yang terlalu kerap. Kebiasaannya, tulang rawan akan pecah dan terapung pada sendiri lutut.

 

  • ‘Dislocated knee’

Masalah ‘dislocated knee’ dikatakan merupakan satu keadaan kecemasan dalam perubatan ortopedik. Ia boleh berlaku apabila lutut menerima hentakan atau pukulan yang kuat seperti terjatuh, kecederaan ketika bersukan mahupun kemalangan kereta.

 

Dikatakan kecederaan ini boleh berlaku apabila kedudukan tulang paha yang mempunyai hubung kait dengan ‘shinbone’ terganggu pada sendi lutut. Kecederaan ini bukan sahaja meregang atau mengoyakkan ligamen tetapi juga berisiko menyebabkan kecederaan pada arteri dan saraf. Sekiranya kecederaan pada arteri tidak dirawat yang menyebabkan bekalan darah tidak sampai ke bahagian kaki, ia meningkatkan risiko untuk kaki akan dipotong.

 

  • ‘Dislocated patella’

‘Dislocated pattela’ atau ‘kneecap’ adalah berbeza dengan ‘dislocated knee’. Kecederaan ini boleh berlaku apabila tulang kepala lutut bergerak daripada kedudukan asal atau lebih dikenali sebagai lutut terkehel. Ia boleh berlaku apabila anda mengubah pergerakan secara tiba-tiba atau terdapat pukulan kuat yang terkena bahagian lutut anda ketika ia mencecah tanah atau lantai.

 

Sakit lutut kronik

 

  • Osteoarthritis lutut

Osteoarthritis (OA) disebabkan oleh tulang rawan di lutut yang mereput. Keadaan ini menyebabkan ‘meniscus’ (tulang rawan) akan  terhakis sepenuhnya, dan tulang paha akan menggosok tulang tibia. Keadaan ini akan menyebabkan sakit sendi yang amat menyakitkan ketika berjalan.

 

  • Rheumatoid arthritis lutut

Rheumatoid arthritis (RA) adalah penyakit tisu seluruh badan yang mempengaruhi banyak sendi, terutamanya lutut. Sakit sendi ini selalu terjadi bersama sakit di sendi lain seperti pergelangan tangan.

 

  • Arthritis kristal (gout dan pseudogout)

Keadaan yang sangat menyakitkan disebabkan oleh kristal tajam yang membentuk di lutut dan sendi yang lain. Kristal ini boleh mengakibatkan masalah dalam penyerapan atau metabolisme pelbagai bahan semulajadi seperti asid urik (yang menghasilkan gout) dan ‘calcium pyrophosphate’ (pseudogout).

 

  • Bursitis

Dalam pergelangan lutut terdapat 13 bursa. Akibat dari trauma, jangkitan, atau deposit kristal, bursa lutut mungkin menjadi bengkak dan ini akan menghasilkan sakit sendi yang kronik jika rawatan tidak diberikan dengan cepat.

Untuk makluman umum, bursa adalah sejenis tisu lembut yang terletak pada sendi-sendi seperti bahu, siku, pinggul, lutut dan tumit. Ianya berbentuk seperti bungkusan kecil yang mengandungi air dan terletak di antara tulang dan tisu lembut seperti otot, ligamen dan tendon. Bursa berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan geseran.

 

  • Jangkitan (infective arthritis)

Terdapat pelbagai bakteria dan kuman boleh menjangkiti lutut. Gonorrhea, penyakit menular seksual yang biasa, boleh menjangkiti lutut, dan juga organisme biasa yang tinggal di kulit.

 

  • Penyakit ‘Osgood- Schlatter’

Penyakit ini kerap berlaku pada atlet remaja di mana lanjutan berulang pada lutut menyebabkan keradangan dan kecederaan ‘tuberosity tibial’ (tulang belakang tajam di bahagian atas pangkal, tepat di bawah lutut).

 

Tanda-tanda sakit lutut

Antara simptom atau gejala berkaitan sakit lutut yang boleh anda alami adalah seperti:

  • Bengkak dan tidak dapat bergerak
  • Kemerahan dan berasa panas
  • Kelemahan atau tidak stabil
  • Bunyi semasa mengerakkan sendi
  • Ketidakupayaan untuk meluruskan lutut sepenuhnya
  • Terjengkit disebabkan oleh ketidakselesaan
  • Kesukaran mendaki tangga atau turun tangga kerana kerosakan ligamen mengunci lutut (tidak dapat membengkokkan lutut)

 

Rawatan Sakit Lutut (Ubat & Tanpa Ubat)

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dijadikan pilihan untuk merawat masalah sakit lutut atau sendi yang anda hadapi. Antara pilihan rawatan tersebut adalah seperti:

 

Terapi fizikal

Terapi ini adalah membantu menguatkan otot di sekitar bahagian lutut dan menjadikannya lebih stabil dan membantu menjamin pergerakan yang lebih baik. Terapi ini juga dikatakan dapat membantu untuk mengelakkan kecederaan.

 

Suntikan

Memberikan suntikan ubat secara terus kepada lutut mungkin dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang anda hadapi.

Antara suntikan yang paling biasa adalah ‘kortikosteroid’ yang dapat membantu mengurangkan keradangan pada sendi dan keradangan lain pada bahagian lutut. Tetapi individu yang memilih rawatan ini perlu mendapatkan suntikan berulang kali dalam tempoh beberapa bulan.

 

Pembedahan

Dalam kaedah ini, ia terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:

 

  • Pembedahan lutut Arthroscopic

Merupakan kaedah pembedahan yang sangat umum yang membolehkan doktor melihat di dalam lutut anda melalui beberapa lubang kecil dan kamera fiberoptik. Pakar bedah boleh memperbaiki pelbagai kecederaan dan mengeluarkan kepingan kecil tulang atau rawan yang longgar. Ini adalah prosedur pesakit luar.

 

  • Penggantian lutut separa

Bagi pembedahan kategori ini, pakar pembedahan akan menggantikan bahagian lutut yang rosak dengan bahagian plastik dan logam. Ia merupakan satu prosedur pembedahan yang lebih pendek jika ingin dibandingkan dengan pembedahan lutut sepenuhnya.

 

  • Penggantian lutut penuh

Dalam penjelasan yang mudah, kaedah pembedahan ini akan menggantikan lutut anda dengan otot (sendi) buatan.

 

Akupunktur

Kaedah ini dikatakan telah menunjukkan keberkesanannya untuk melegakan kesakitan pada lutut, khususnya kepada pesakit yang menghidap masalah osteoarthritis.

 

Doa sakit lutut

Tonton video dari YouTube di bawah untuk mengetahui doa sakit lutut kanan dan kiri, agar boleh dijadikan panduan.

 

Akhir kalam

Sakit lutut kanan

Untuk mengetahui kaedah rawatan yang mana lebih sesuai dengan masalah sakit lutut anda, sebaiknya anda berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah.

Tetapi jangan pula abaikan rasa sakit pada lutut kanan atau kiri yang anda alami itu, kelak mendatangkan masalah kesihatan lain pula.

Bila sudah berumur, jaga kesihatan. Rajin-rajin buak check-up dan tengok-tengok jika ada tanda penyakit jantung. Yang penting, jaga makan dan ikut cara diet yang berkesan. Jaga berat badan juga, sampai sampai obesiti iaitu kegemukan melampau.

Semoga bermanfaat.

 

Carian dari Google:

  • cara betul mandi wajib
  • CARA UBATI BATUK
  • yhs-001
  • surat permohonan biasiswa 2019
  • cara tulis surat staff tak hadir kerja
  • hilangkan batuk
  • kemas rumah checklist bahasa malaysia
  • kebersihan pejabat senarai semak bahasa malaysia
  • lebih baik
  • wktu sholat fardhu semarag

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.